Islamic Widget

Monday, February 7, 2011

Situasi : Berebut-rebut menaiki bas untuk pulang ke kolej.

Pada suatu tengah hari itu, setelah tamat kelas, saya bersama-sama dengan teman berjalan menuju ke tempat menunggu bas. Di tempat menunggu bas kelihatan pelajar lain yang turut sama sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah masing-masing. Bas yang ditunggu tiba 15 minit berikutnya. Para pelajar yang sedang menunggu bas tadi terus bergerak beramai-ramai ke arah bas yang tiba sebentar tadi. Mereka berebut-rebut di tangga bas tersebut. Keadaan kelihatan begitu sesak sekali. Berlaku kejadian tolak menolak antara satu sama lain. Pelajar lelaki dan perempuan bersama-sama berebut-rebut menaiki bas.

Komen : Hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar di universiti. Mereka sepatutnya beratur untuk menaiki bas tersebut supaya lebih memudahkan dan mempercepatkan masa menaiki bas. Perbuatan berebut-rebut akan menyebabkan pelajar lebih sukar menaiki bas dan memakan masa yang lama kerana berlakunya kejadian tolak menolak itu. Malah, pelajar lelaki dan pelajar perempuan berasak-asak antara satu sama lain sangat menunjukkan ketidaksopanan dalam kalangan masyarakat kita sekiranya keadaan itu dilihat oleh orang luar.