Islamic Widget

Saturday, March 12, 2011

Situasi 24 :


Pada suatu pagi, saya ingin menaiki bas untuk pergi ke kelas bersama kawan-kawan yang lain. Kami berjalan menuju ke tempat menaiki bas. Apabila saya tiba di tempat menaiki bas itu, saya lihat para pelajar yang lain sedang beratur menaiki bas. Saya berasa sangat kagum dengan sikap pelajar-pelajar ini kerana walaupun dalam keadaan panas terik mereka tetap setia beratur menunggu giliran menaiki bas untuk ke kelas.

Komen :

Sikap inilah yang harus dicontohi dan dijadikan ikutan oleh sesiapa sahaja yang melihatnya. Jika mereka beratur untuk menaiki bas, ia akan lebih memudahkan diri mereka sendiri untuk menaiki bas itu. Mereka tidak perlu saling bertolak-tolakan antara satu sama lain yang hanya akan mengambil masa serta akan turut mencetuskan pergaduhan sesama sendiri. Kita harus memperlihatkan sikap yang baik kepada pelajar-pelajar luar yang datang belajar di universiti ini. Jika tidak, kita hanya akan memalukan nama naik tempat kita belajar.

No comments:

Post a Comment