Islamic Widget

Saturday, March 12, 2011

Sikap masyarakat pada masa kini.

Situasi :

Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 petang. Waktu solat zohor akan tiba tidak lama lagi. Saya bersama teman-teman mencari tempat yang sesuai untuk solat. Kami memilih untuk solat di surau Taman Bernam kerana selepas solat kami perlu menghadiri kelas di dewan kuliah Taman Bernam. Apabila saya bersama teman-teman melangkah masuk ke dalam surau itu, perkara yang membuatkan saya merasa marah dan juga turut merasa kecewa adalah apabila melihat sikap pelajar-pelajar di dalam surau tersebut. Mereka terlalu bising. Mereka berbual-bual sambil bergelak tawa sesama sendiri sedangkan pada waktu itu sudah masuk waktu solat zohor dan pelajar lain sudah mula menunaikan solat zohor. Mereka langsung tidak menghormati pelajar lain yang sedang solat. Semasa saya sedang solat, saya berasa sungguh terganggu dengan suara-suara orang bercakap-cakap dan bergelak tawa. Selepas saya dan teman-teman selesai solat, terdapat pula sekumpulan pelajar lain yang membuat bising. Saya merasa sungguh keliru sama ada mereka sedar atau tidak yang mereka sedang berada di tempat orang memerlukan ketenangan untuk mengerjakan solat. 

Komen :

Kita sebagai umat Islam seharusnya saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, semasa di dalam surau atau tempat-tempat ibadat yang lain, kita dilarang sama sekali membuat bising kerana kita perlu menghormati hak orang lain yang memerlukan ketenangan dan kekhusyukan semasa menunaikan solat. Jika kita membuat bising, ia akan mengganggu orang lain. Orang yang membuat bising di tempat-tempat ibadat seperti golongan di atas ialah orang yang tidak beradab dan juga kurang penghayatan ilmu agama di dalam dirinya.

Renung-renungkanlah...

No comments:

Post a Comment