Islamic Widget

Wednesday, January 19, 2011

Bahasa rojak dalam pertuturan.

"Kau ni memang terror la"

Seorang pelajar telah mengeluarkan kata-kata ini semasa beliau bersama rakan-rakannya itu sedang melakukan perbincangan kumpulan. Hal ini berlaku ketika saya melintasi kumpulan pelajar terbabit setelah selesai membeli makanan di cafe kolej.
Kesalahan yang dilakukan oleh beliau ialah beliau telah menggunakan perkataan bahasa Inggeris "terror" dalam pertuturannya. Ini dinamakan bahasa rojak yang merupakan salah satu punca berlakunya kerosakan bahasa Kebangsaaan kita, iaitu Bahasa Melayu. Jika ingin menguasai bahasa Inggeris sekali pun, janganlah sesekali merosakkan bahasa Melayu kita. Pelajar tersebut sepatutnya menggantikan perkataan "terror" tersebut dengan perkataan "hebat" atau "bagus" supaya bahasanya lebih sempurna dan sedap didengar.

 Pembetulan :
Kau ni memang hebat la.
Kau ni memang bagus la.

No comments:

Post a Comment