Islamic Widget

Friday, January 21, 2011

Bahasa singkatan/gabungan perkataan dalam pertuturan.

1. "Siti, pasni ko nak pergi mana".
2. "Aku ngan Mira nak pergi makan kat kedai depan".

Hal ini berlaku di dalam kawasan kolej kediaman UPSI, iaitu perbualan antara tiga orang sahabat yang baru pulang dari kelas. Dalam bahasa pertuturan mereka banyak menggunakan bahasa singkatan atau gabungan perkataan-perkataan tertentu. Antara perkataan yang digunakan oleh mereka adalah seperti berikut :
       i)  pasni - selepas ini
      ii)  nak   - hendak
     iii)  ngan  - dengan
     iv)  kat    - dekat
Penggunaan bahasa singkatan atau gabungan perkataan dalam pertuturan sepatutnya dikurangkan oleh pengguna bahasa kerana hal ini juga boleh mencacatkan kosa kata bahasa Melayu. Kosa kata yang telah tersedia ada telah diubah secara sewenang-wenangnya. Oleh itu, kita digalakan supaya menggunakan atau menyebut sesuatu perkataan itu dengan betul (sebutan penuh ) walaupun kita tidak dapat menyebutnya menggunakan bahasa baku.

No comments:

Post a Comment