Situasi 33 :
Media cetak merupakan salah satu sumber bacaan umum yang mengandungi banyak maklumat atau berita penting sama ada perkara yang berlaku di dalam atau luar negeri. Media cetak seperti surat khabar digunakan oleh semua lapisan masyarakat untuk mengetahui berita-berita penting yang berlaku disekeliling. Kadang kala, dalam surat khabar juga, kita akan menemui kesalahan-kesalahan bahasa yang tidak sepatutnya berlaku. Seringkali dilihat pada media cetak banyak kesalahan kosa kata Melayu dan dipandang remeh oleh pihak-pihak tertentu. Antara kesalahan yang biasa dilihat adalah kesalahan penggunaan perkataan singkatan, bahasa rojak, ayat tidak lengkap dan sebagainya. Keprihatinan yang kurang dalam konteks bahasa akan membantutkan usaha memartabatkan bahasa Melayu kita. Hal ini dapat dibuktikan melalui gambar di bawah :
Berdasarkan gambar di atas, ‘online’ diambil daripada bahasa Inggeris yang membawa maksud ‘dalam talian’. Manakala, gambar di sebelah kiri pula menunjukkan penggunaan perkataan singkatan 'tak' dalam tajuk sebuah berita. Hal ini menunjukkan pihak bertanggungjawab tidak peka akan kesalahan bahasa yang telah dilakukannya.
Komen :
Kita sepatutnya peka akan kesalahan kosa kata sama ada di dalam akhbar, buku, majalah dan sebagainya agar kita dapat membantu pihak tertentu memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu. Kesalahan bahasa ini boleh diatasi jika terdapatnya pihak mengambil tindakan diatas kecuaian dan ketidakprihatinan pihak-pihak yang bertanggungjawab.
boek
ReplyDeleteTerima Kasih...
ReplyDeleteMurah rezeki anda
Pergh...
ReplyDeleteReal bhai...
Eoao