Situasi 32 :
Pada masa kini, masyarakat sudah didedahkan dengan penggunaan pelbagai jenis laman sosial untuk berhubungan atau berkomunikasi sesama sendiri. Laman sosial ini juga bertujuan untuk mencari kenalan baru, bertemu semula dengan kenalan lama dan juga saling berkongsi-kongsi maklumat sama ada di dalam atau di luar negara. Antara laman sosial yang popular pada masa kini adalah seperti Facebook, Twitter, Friendster, Myspace, Blog dan sebagainya. Semua lapisan masyarakat bijak menggunakannya sama ada kanak-kanak, mahupun remaja. Malah, guru-guru dan majikan juga menggunakan laman sosial untuk berhubungan dengan pelajar ataupun dengan pekerja mereka. Penggunaan laman sosial dikatakan memudahkan dan mempercepatkan sesuatu kerja. Berita juga dapat disampaikan dengan cepat jika menggunakan laman sosial. Selain itu, kita hanya akan membazirkan wang ringgit jika menghubungi atau bertanya khabar dengan menggunakan telefon atau surat.
Sebenarnya, tanpa kita sedari semasa menggunakan laman sosial ini kita tidak menggunakan bahasa yang betul. Pengguna tidak mementingkan penggunaan bahasa yang betul semasa menggunakan laman sosial ini. Bahasa yang digunakan begitu teruk sehingga boleh dianggap sebagai perosak bahasa Kebangsaan kita. Penggunaan bahasa singkatan, bahasa rojak, bahasa slanga, bahasa sembang internet dan sebagainya begitu berleluasa jika diperhatikan secara teliti dan sukar dibendung dalam kalangan pengguna laman sosial ini. Ia telah mengancam penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam kalangan masyarakat hari ini.
Berdasarkan gambar dibawah, kita akan dapat lihat penyalahgunaan bahasa dalam salah satu laman sosial yang terkenal di negara ini :
Komen :
Oleh itu, pihak-pihak tertentu seharusnya berusaha mengatasi masalah ini. Pihak tertentu perlu mempergiatkan usaha untuk menggalakkan dan menyemarakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul di negara ini. Kita perlu meningkatkan kesedaran masyarakat pelbagai kaum di negara ini tentang kepentingan bahasa kebangsaan untuk membina jati diri dan memperteguhkan perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa. Penggunaan bahasa yang tidak betul dalam laman sosial itu boleh disifatkan sebagai salah satu cabaran dan rintangan dalam proses memartabatkan bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kita perlu mempergiatkan usaha untuk memupuk dan mempromosikan penggunaan bahasa Melayu agar bahasa yang salah itu ( bahasa rojak, bahasa slanga, bahasa sembang interniet ) tidak mengambil alih kepentingan bahasa Melayu.
salam, akak ada tak contoh kajian lepas mengenai penggunaan bahasa slanga dalam...
ReplyDeleteRespect and that i have a tremendous present: Who Repair House Windows house repair quotation
ReplyDelete