Islamic Widget

Saturday, March 12, 2011

Situasi 23 :

Semasa saya sedang menunggu kawan di perpustakaan, saya telah melihat tiga orang sahabat sedang berbual-bual di kafeteria perpustakaan tersebut. Saya telah terdengar perbualan mereka. Perkara yang menarik minat saya untuk mendengar perbualan mereka adalah salah seorang sahabat mereka itu bertutur menggunakan dialek negerinya sendiri, sedangkan dua lagi sahabatnya itu bertutur seperti biasa, iaitu tiada sebarang dialek dalam pertuturan mereka. Dua orang sahabat itu mungkin berasal daripada negeri yang berbeza daripada sahabat yang seorang lagi. Sahabat yang menggunakan dialeknya itu lebih banyak bercakap berbanding dua orang sahabatnya. Hal ini berkemungkinan mereka tidak memahami perkara yang dituturkan sahabatnya itu. Jika mereka menegur sahabatnya itu, berkemungkinan sahabatnya itu kecil hati. Oleh itu, mereka hanya mendiamkan diri dan akan hanya mencelah jika ada ayat difahami oleh mereka.

Komen : 

Penggunaan dialek negeri apabila bertutur dengan orang yang bukan dari negeri yang sama adalah salah satu tabiat atau sikap yang tidak patut diamalkan oleh semua orang. Sahabat yang menggunakan dialek dalam pertuturannya itu harus memikirkan perasaan sahabatnya lain. Walaupun tidak boleh untuk menghilangkan dialeknya itu, beliau perlu berusaha untuk belajar mengubahnya. Hal ini demi kebaikan bersama. Komunikasi dua hala tidak akan berlaku dalam diri mereka. Hubungan mereka akan bertambah erat jika mereka dapat berkomunikasi dengan baik.

No comments:

Post a Comment