Islamic Widget

Saturday, March 12, 2011

Situasi 22 :

Pada suatu hari, saya berada di fakulti kerana ada urusan penting yang perlu diselesaikan oleh saya. Semasa berada di fakulti, saya sempat melihat gelagat pelajar-pelajar di fakulti tersebut apabila bertemu atau berselisih dengan pensyarah-pensyarah yang berada di fakulti tersebut. Perkara yang saya dapat lihat adalah mereka tidak sesekali memberikan salam atau menunjukkan tanda hormat kepada para pensyarah atau orang berpangkat di fakulti tersebut. Pelajar-pelajar yang juga ada urusan di fakulti tersebut tidak mengendahkan pensyarah-pensyarah yang berselisihan dengan mereka. 

Komen :

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan pelajar yang berpendidikan tinggi terutama sekali para pelajar yang bakal menjadi seorang guru apabila tamat belajar nanti. Mereka juga pasti akan merasa marah jika bakal anak murid mereka nanti tidak memberikan salam apabila berselesihan dengan diri mereka sendiri.  Oleh itu, kita seharusnya memberikan salam dan menunjukkan tanda hormat kepada pensyarah-pensyarah yang kita temui walaupun pensyarah yang kita temui itu tidak mengajar kita. Memberikan senyuman pun sudah memadai bagi mereka. Hormatilah mereka kerana mereka juga merupakan orang yang lebih tua yang perlu kita hormati dan dijaga perasaannya.

No comments:

Post a Comment