Islamic Widget

Saturday, March 12, 2011

Situasi 25 :

Saya tinggal dibangunan yang turut menempatkan pelajar-pelajar yang sama tempat belajar dengan saya. Saya berasa sangat geram dan juga turut merasa kecewa dengan sikap jiran saya yang tidak menghormati jirannya yang lain. Beliau selalu memasang lagu di komputer ribanya dengan kuat sehingga mengganggu jiran-jirannya yang lain termasuklah saya. Beliau hanya akan menutup lagunya jika beliau ada urusan di luar. Pada suatu  hari, saya pernah meminta beliau memperlahankan lagu yang dipasangnya, tetapi beliau hanya memperlahankannya sebentar sahaja. Saya berasa sangat geram. Selain saya, ada juga saya terdengar jiran lain menjerit meminta beliau memperlahankan lagu yang dipasangnya tetapi tetap juga tidak diendahkannya.

Komen :

Sikap jiran saya itu adalah salah satu sikap yang tidak patut dilakukan oleh sesiapa sahaja. Beliau sepatutnya menghormati orang lain, lebih-lebih lagi beliau hidup berjiran. Beliau perlu memikirkan akan keselesaan dan keamanan orang lain yang hidup disekelilingnya. Amalkanlah sikap mengambil tahu akan perasaan orang disekeliling.

No comments:

Post a Comment