Islamic Widget

Saturday, March 12, 2011

Situasi 26 :

Pada suatu hari, semasa cuti hujung minggu, saya telah pulang ke kampung untuk melepaskan rasa rindu pada keluarga yang tersayang. Setelah berakhirnya cuti, saya menaiki bas untuk pulang semula ke kolej. Apabila tiba masa untuk bas bertolak, semua penumpang mula berpusu-pusu menaiki bas termasuk diri saya sendiri. Semasa di dalam bas, saya telah ternampak seorang perempuan tua yang turut ingin menaiki bas tersebut. Semasa beliau sedang mencari-cari tempat duduk, saya telah ternampak seorang perempuan muda bangun dan memberikan tempat duduknya kepada perempuan tua  itu. Perempuan tua tersebut duduk ditempat perempuan muda itu dan mengucapkan terima kasih kepada beliau.

Komen :
Saya berasa sangat kagum dengan sikap perempuan muda itu yang sangat prihatin dan bertimbang rasa terhadap orang yang lebih tua daripadanya. Sikapnya harus dicontohi oleh semua golongan masyarakat bahawa kita seharusnya menghormati orang yang lebih tua dan menghulurkan bantuan jika mereka didalam kesusahan.Amalkanlah sikap prihatin dan tolong-menolong dalam kehidupan seharian kerana sikap ini adalah salah satu sikap yang terpuji. Jika kita memberikan pertolongan kepada orang lain, nescaya suatu hari nanti ada orang lain pula yang akan membantu diri kita.

No comments:

Post a Comment