Islamic Widget

Saturday, March 12, 2011

Situasi :

Semasa cuti Tahun Baru Cina lepas, saya telah menghadiri beberapa undangan majlis kenduri perkahwinan anak teman baik ayah saya. Terdapat ramai jemputan yang hadir bagi memeriahkan majlis kenduri tersebut. Perkara yang saya dapat lihat semasa menghadiri kenduri tersebut adalah saya masih dapat lihat lagi budaya masyarakat Melayu yang suka bergotong- royong dalam melaksanakan sesuatu majlis, khususnya bagi masyarakat kampung. Mereka bekerjasama dan saling tolong-menolong dalam melakukan semua kerja, seperti kerja menghidang makanan, membasuh pinggan mangkuk, mengemas meja dan sebagainya. Sebelum majlis itu berlansung, saya difahamkan, perempuan akan bersama-sama menyediakan bahan-bahan untuk dimasak, manakala lelaki bekerjasama memasang khemah, menyusun meja dan kerusi. Jika semua kerja dilakukan bersama-sama, maka semuanya akan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat dan akan lebih menyenangkan.


                                                                   Gambar hiasan

Komen :

Pada kebiasaannya, amalan gotong-royong dan saling bantu- membantu dalam melaksanakan majlis seperti ini akan dapat dilihat di kawasan perkampungan. Hal ini berbeza dengan masyarakat yang tinggal di bandar yang sangat jarang mengamalkan amalan murni ini. Hal ini berkemungkinan masyarakat bandar merupakan masyarakat yang mementingkan kerja dan tiada masa untuk melakukan kerja-kerja seperti itu. Mereka lebih suka membazir wang ringgit dengan mengupah agensi-agensi tertentu bagi melaksanakan sesuatu majlis. Amalan gotong-royong adalah salah satu amalan yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama penduduk. Hubungan akan menjadi lebih rapat dan mesra.

No comments:

Post a Comment