Islamic Widget

Saturday, March 12, 2011

      Situasi :

Pada suatu hari, saya bersama teman telah pergi ke pekan untuk membeli kasut. Semasa sedang memilih kasut yang sesuai, tiba-tiba kami telah dikejutkan dengan pertengkaran yang berlaku antara pekerja kedai dan seorang pelanggan yang datang berkunjung ke kedai itu. Kami telah difahamkan punca mereka bertengkar adalah disebabkan oleh pekerja kedai itu tidak memberikan layanan yang sebaiknya kepada pelanggan itu. Pelanggan tersebut yang beumur dalam lingkungan 50-an telah memarahi pekerja tersebut dan meminta pengurus kedai tersebut berjumpa dengannya untuk meminta pengurus kedai tersebut membuang pekerja itu. Pada masa tersebut, pengurus kedai terbabit ada urusan di luar. Pekerja terbabit tetap mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa beliau memberikan layanan yang sewajarnya kepada pelanggan terbabit.

Komen :

Pada pendapat saya, pelanggan tersebut tidak sepatutnya memarahi pekerja terbabit. Hal ini boleh menjatuhkan maruah pekerja terbabit di hadapan orang ramai yang berada di dalam kedai tersebut. Beliau sepatutnya menegur dengan sebaiknya kesalahan yang telah dilakukan oleh pekerja itu. Di samping itu, pekerja terbabit juga sepatutnya tidak meninggi suara dan bertengkar dengan pelanggan tersebut kerana kita harus memandang pelanggan tersebut sebagai seorang yang lebih tua yang harus dihormati dan berlembut dengan mereka. Jangan sesekali meninggikan suara pada golongan terbabit. Pekerja terbabit sepatutnya hanya mendengar kata-kata pelanggan terbabit tanpa bertengkar dengannya.

No comments:

Post a Comment