Islamic Widget

Sunday, March 13, 2011

Filem tempatan perosak bangsa ?


Situasi 31 :

Filem –filem pada masa kini kebanyakkan menayangkan budaya yang tidak sihat kepada penonton. Hal ini amat membimbangkan jika budaya tidak sihat ini menjadi ikut para remaja dan juga kanak-kanak yang menontonnya. Baru-baru ini saya ada menonton beberapa buah filem Melayu yang bertajuk “KL Drift” yang diarahkan oleh seorang pengarah Melayu yang terkenal. Dalam filem tersebut banyak menayang aksi berlumba kereta dan juga pergaduhan antara para remaja akibat daripada masalah yang kecil. Pelakon-pelakon menunjukkan aksi yang ganas dan kejam semasa bergaduh. Selain itu, filem “Aku Masih Dara” juga merupakan salah satu filem yang tidak patut ditayangkan. Filem itu mengisahkan kehidupan tiga orang gadis yang tidak bermoral dan tiada didikan agama yang sempurna. Hidup mereka bergelumang dengan dosa. 
        Malah, filem Remp-it juga merupakan salah satu filem yang tidak bermoral dan tidak sesuai untuk tatapan umum, khususnya kanak-kanak. Hanya sedikit unsur moral yang dapat dilihat dalam filem tersebut jika dibandingkan dengan budaya tidak sihat yang ditayangkan. Budaya seperti ini tidak patut ditayangkan kerana selain daripada menjadi ikutan para remaja pada masa kini, ia juga turut mengambarkan kehidupan sebenar masyarakat Melayu yang tidak bermoral. Masyarakat luar akan memandang serong kepada masyarakat Melayu yang dikatakan sangat mementingkan akhlak dan kesopanan dalam kehidupan seharian. 


 Filem tempatan yang menayangkan budaya yang tidak sihat.

Komen :

Industri filem tempatan sepatutnya mengambil berat akan masalah sosial yang melanda para remaja pada masa kini. Masalah sosial pada masa kini sudah sampai tahap yang amat membimbangkan. Pihak tertentu sepatutnya mengurangkan penayangan filem-filem yang memaparkan budaya yang sihat. Hal ini amat membimbingkan jika budaya –budaya tersebut menjadi ikutan para remaja. Dalam diri remaja pada masa kini sentiasa adanya perasaan ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Oleh itu, jika mereka sentiasa didedahkan dengan budaya yang tidak sihat seperti itu, maka akan timbul perasaan dalam diri mereka untuk mencubanya. Disamping itu, pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa, masyarakat, kerajaan, sekolah dan sebagainya juga perlu memainkan peranan bagi menghalang para remaja ini mengamalkan budaya yang tidak sihat ini.

No comments:

Post a Comment