Islamic Widget

Saturday, March 12, 2011

Situasi :
Pada hari ini, kita dapat lihat kesalahan penggunaan bahasa yang berterusan dalam pertuturan seharian. Selain itu, masalah ini juga dapat dikesan dalam pelbagai program televisyen dan radio. Antara contoh kesalahan yang paling ketara dikesan dan sering digunakan dalam masyarakat kita pada hari ini adalah penggunaan kata ganti ‘kita orang’, ‘korang’, dan ‘diorang’ yang merujuk kepada ganti nama ‘kami’, ‘kalian’, ‘mereka’. Penggunaannya sudah semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat pada masa kini.

Komen :

Amalan ini adalah salah satu kesalahan yang mencemarkan dan merendahkan bahasa Melayu, serta berlaku akibat daripada pengaruh asing. Tanpa tindakan pembetulan oleh pihak bertanggungjawab, pasti masalah ini akan merendahkan mutu penggunaan bahasa Melayu itu sendiri kerana media elektronik mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan, pemantapan dan juga penghayatan bahasa Melayu. Jika kesalahan ini tidak dibendung pasti akan membawa impak yang buruk terhadap perkembangan bahasa Melayu kerana pengaruh media elektronik terhadap penonton dan pendengar khususnya kanak-kanak adalah sangat besar.

No comments:

Post a Comment