Islamic Widget

Saturday, March 12, 2011

Situasi 20 :

Pada suatu petang, saya bersama-sama teman yang lain pergi ke KFC untuk menyambut hari lahir salah seorang teman baik saya. Semasa sedang menunggu teman saya membeli makanan, saya memerhatikan gelagat para pelanggan yang turut berkunjung di kedai makanan segera itu. Semasa saya sedang leka memerhatikan gelagat pelanggan-pelanggan yang sedang menikmati hidangan, tiba-tiba saya dikejutkan dengan jeritan seorang pelanggan memarahi pekerja kedai tersebut. Beliau berasa sangat marah kerana beliau sudah lama menunggu sup yang dimakan bersama nasi ayam yang dikatakan akan dihantar ke mejanya tidak juga muncul. Beliau mengatakan bahawa beliau sudah lama menunggu makanan tersebut sehingga nasi yang dimakannya hampir habis. Selepas beliau memarahi pekerja kedai tersebut, beliau bersama temannya terus meninggalkan kedai itu dengan perasaan marah. Saya berasa sangat simpati terhadap pekerja kedai tersebut kerana beliau kelihatan seperti tidak pasti punca makanan yang ditunggu-tunggu pelanggan itu tidak sampai.

Komen :

Berdasarkan situasi yang berlaku di atas, saya berasa sangat kecewa dengan sikap pelanggan tersebut kerana beliau sepatutnya bercakap dengan sopan dan bertanya dengan sebaiknya kenapa makanan yang ditunggu-tunggunya tidak juga muncul. Beliau tidak sepatutnya terus memarahi pekerja kedai tersebut kerana beliau hanyalah seorang pelayan yang tidak berkaitan dengan urusan makanan ini. Setiap orang pasti akan melakukan kesilapan dan kita sebagai seorang manusia yang baik seharusnya memaafkan orang yang melakukan kesilapan tersebut. Saling bermaaf-maafan antara satu sama lain adalah salah satu amalan yang amat digalakkan dalam kalangan umat Islam yang diberkati Allah SWT.

No comments:

Post a Comment