Islamic Widget

Saturday, March 12, 2011


Situasi 21 :

Apabila ada masa lapang, saya akan menonton filem ataupun  membaca buku yang menarik. Semasa saya menonton filem yang baru dikeluarkan baru-baru ini, perkara yang saya dapat nilai adalah penggunaan bahasa yang digunakan oleh pelakon dalam filem tersebut. Bahasa yang digunakan sangat mengecewakan diri saya. Mereka menggunakan bahasa yang kasar, kesat dan kadang-kadang mencampurinya dengan bahasa-bahasa asing, iaitu bahasa Inggeris. 

Contoh : 1) “ Gua tak suke la lu kacau awek gua...”
               2) “ Bangang tul la kau ni....”
               3) “ Balak kau hensem la.”
Komen :

Bahasa-bahasa seperti ini seharusnya dikurangkan dalam filem atau drama Melayu pada masa sekarang. Hal ini demikian kerana ia boleh menjadi ikutan kepada anak-anak muda dan termasuk juga kanak-kanak yang turut juga menonton cerita-cerita yang sedemikian. Perkara ini akan mengambarkan bangsa Melayu tidak beradap ketika berbahasa. Bahasa-bahasa seperti inilah yang akan merosakkan bahasa Melayu kita yang disanjung sehingga kini. Malah, akan turut juga memberikan pandangan buruk oleh masyarakat luar terhadap bahasa kita. Media massa merupakan salah satu punca yang boleh merosakkan bahasa Melayu kerana media massa memberikan pengaruh yang besar kepada rakyat dalam negara ini. Oleh itu, media massa seharusnya memainkan peranan yang utama dalam memperjuangkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment