Islamic Widget

Saturday, March 12, 2011

Situasi :

Kesalahan bahasa pada papan tanda jalan, iklan, premis-premis perniagaan, dan juga bangunan-bangunan juga banyak yang kita akan dapat kesan jika kita sentiasa peka akan kesalahan bahasanya. Masyarakat kita pada masa kini sudah tidak mengendahkan akan kesalahan bahasa yang telah mereka lihat berlaku di hadapan mata mereka sendiri. Sebagai contoh, kita akan dapat lihat kesalahan bahasa pada papan tanda di bawah ini :



 Komen : 

Berdasarkan gambar tersebut, kita akan dapat lihat kesalahan penggunaan kata ‘di’ dalam perkataan ‘di larang’ dan ‘disebelah’ pada papan tanda itu tidak betul. Perkataan ‘di larang’ sepatutnya dicantumkan, manakala perkataan ‘disebelah’ sepatutnya dipisahkan. Hal ini demikian kerana ‘di’ dalam perkataan ‘di larang’  sebagaimana contoh di atas, ialah awalan dan seharusnya dieja bercantum ‘dilarang’. Manakala, ‘di’ dalam perkataan ‘disebelah kiri’ bukan awalan tetapi kata sendi nama. Oleh itu, harus dieja terpisah ‘di sebelah’. Masyarakat pada masa kini sudah tidak mempedulikan akan berlakunya kesalahan bahasa pada papan tanda. Mereka menganggap perkara ini tidak begitu penting sedangkan masalah ini boleh merosakkan bahasa kita. Kita seharusnya peka akan kesalahan bahasa yang berlaku disekeliling. Sebagai pencinta bahasa, kita seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membaiki kesalahan bahasa yang telah kita lihat, iaitu dengan cara melaporkan pada pihak-pihak yang tertentu agar mereka menjalankan tanggungjawab mereka.

No comments:

Post a Comment