Islamic Widget

Saturday, March 12, 2011

Situasi 27 :

Pada petang itu, saya telah turun ke aras bawah untuk membeli makanan di kedai. Ketika sedang berjalan mencari kedai makan, saya telah berselisih dengan seorang pelajar perempuan yang tidak dikenali. Saya telah melemparkan senyuman yang manis kepadanya sebagai tanda kemesraan. Saya berasa sungguh malu, hampa, geram dan kecewa dengan sikap pelajar terbabit kerana beliau tidak membalasnya. Beliau hanya memandang dan terus memalingkan mukanya ke tempat lain seperti tiada apa yang berlaku. Hal ini terjadi mungkin disebabkan beliau tidak mengenali diri saya. 


 Komen :

Senyum itu sedekah. Senyumlah kepada orang yang kita temui walaupun orang tersebut tidak dikenali. Jauhilah sikap sombong. Pelajar perempuan tersebut sepatutnya membalas senyuman yang telah dilemparkan kepadanya dan menunjukkan tanda kemesraan dengan orang disekeliling. Senyum itu tanda kemesraan. Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah. Penerima senyuman harus berfikiran terbuka. penerima senyuman juga harus faham bahawa senyuman yang diterima itu adalah sedekah daripada pemberi senyuman. Jangan sesekali dianggap orang yang memberi senyuman itu menyindir atau gila.

Senyum itu sedekah, senyum itu awek muda, senyum itu kemesraan,
senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, 
senyum itu pemanis wajah, senyum itu menambahkan kecantikan, 
dan yang pastinya senyuman itu membawa seribu kebaikan.

No comments:

Post a Comment