Islamic Widget

Sunday, March 13, 2011

Situasi 28 :

Pada pagi itu, aku menaiki bas untuk ke kelas. Apabila bas tiba di kampus, para pelajar yang berada di dalam bas bergerak turun daripada bas. Semua pelajar tersebut mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas itu sebagai tanda penghargaan kerana telah menghantar mereka ke kampus. Saya lihat pemandu bas tersebut tidak memberikan sebarang reaksi positif di atas penghargaan yang telah diberikan oleh pelajar-pelajar. Kadang kala beliau memalingkan muka ke luar tingkap. Hal ini sangat mengecewakan saya kerana pemandu bas itu tidak mesra dengan penumpangnya.

Komen :
Pada pendapat saya, pemandu bas tersebut sepatutnya memberikan sebarang reaksi kepada para pelajar yang telah mengucapkan terima kasih kepada beliau. Beliau boleh menunjukkan atau memberikan pelbagai reaksi. Antaranya seperti menganggukkan kepala, menjawab ‘sama-sama’, ataupun hanya sekadar melemparkan senyuman kepada para pelajar itu sudah mencukupi. Seorang pemandu bas yang baik seharusnya mesra dengan para penumpangnya.

No comments:

Post a Comment