Pada bulan 5 ini, saya dan pelajar semester 6 yang lain akan membuat praktikal di sekolah-sekolah yang telah dipilih. Saya berasa sangat risau kerana terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan dan disediakan sebelum memulakan praktikal tersebut. Saya perlu bersedia dari segi mantel dan fizikal untuk menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang. Antara masalah yang belum diselesaikan adalah seperti masalah rumah sewa semasa prakrikal, kenderaan untuk berulang alik antara sekolah dengan rumah sewa, dan banyak lagi.
Sebelum para pelajar memulakan praktikal, kami dikehendaki menghadiri taklimat mengenai praktikal tersebut. Semasa taklimat berlansung, para pelajar diminta mengutarakan soalan kepada penyelaras praktikal tersebut. Saya berasa sangat kecewa dengan sikap pelajar yang mengutarakan soalan kepada penyelaras tersebut. Beliau bercakap dengan nada yang tinggi seperti tidak menghormati penyelaras tersebut. Di samping itu, perjumpaan diadakan sekali lagi bersama dengan pihak tertinggi universiti untuk mendengar masalah para pelajar. Semasa majlis berlansung, terdapat beberapa orang pelajar tidak menggunakan panggilan terhormat yang betul semasa bercakap dengan pihak tertinggi tersebut. Pelajar terbabit menggunakan ‘anda’ kepada pihak tertinggi tersebut. Sepatutnya beliau menggunakan panggilan ‘datuk’ kepada pihak tertinggi tersebut. Hal ini sangat memalukan saya selaku pelajar lama di universiti terbabit. Malah, mereka juga tidak mengamalkan kesopanan dalam berbahasa semasa mengutarakan soalan. Hal ini berkemungkinan waktu itu mereka terlalu beremosi dengan masalah yang melanda.
Komen :
Pelajar tersebut sepatutnya bijak mengawal perasaan apabila bercakap dengan orang tua atau orang yang tinggi kedudukannya. Hal ini bertujuan ingin menjaga perasaan dan maruahnya di hadapan pelajar-pelajar lain. Kita juga perlu mengkaji latar belakang orang yang ingin kita bercakap atau bertemu agar tidak melakukan sebarang kesilapan. Kadang kala kesalahan penggunaan panggilan terhormat terhadap seseorang boleh menyebabkan orang tersebut marah atau berkecil hati apabila mendengarnya. Oleh itu, kita haruslah berhati-hati semasa bertutur.
No comments:
Post a Comment