Islamic Widget

Sunday, March 13, 2011

Situasi 30 :

Semasa melakukan pengajaran Makroteaching di dalam kelas Pengajaran Teknologi dan Penaksiran, kami dilatih oleh pensyarah agar menggunakan bahasa yang betul semasa melakukan latihan pengajaran. Kami sering ditegur jika melakukan kesilapan dalam berbahasa semasa mengajar. Antara kesilapan bahasa yang sering kali dilakukan oleh pelajar adalah seperti penggunaan perkataan ‘kat’ ( dekat ), ‘nak’ ( hendak ), ‘ok’, dan ‘korang’ (kamu ). Pensyarah mengajar kami menggunakan perkataan yang betul agar kami dapat menggunakan bahasa yang betul apabila menjadi guru kelak. Malah, beliau juga akan menegur pelajar jika pelajar sering menyelitkan ‘dialek’ semasa melakukan pengajaran. Beliau amat melarang pelajarnya menggunakan dialek semasa mengajar sama ada di dalam kelas atau apabila menjadi guru kelak. Hal ini akan menjadi kebiasaan jika kita tidak menegurnya daripada awal. 

Komen :

Teguran adalah salah satu cara yang sepatutnya dilakukan oleh masyarakat  pada masa kini bagi mengatasi masalah penyalahgunaan bahasa semasa berkomunikasi. Dengan teguran yang betul, seseorang akan dapat menyedari kesilapan yang telah dilakukannya. Namun, orang yang menegurnya perlu bijak menggunakan perkataan semasa menegur agar tidak berlaku salah faham atau kadang kala boleh mencetuskan pergaduhan terutama sekali yang melibatkan dialek negeri mereka. Perkara ini sangat sensitif jika salah cara menegurnya.



No comments:

Post a Comment